Info

Tips Untuk Hidup Lebih Bahagia

Jangan Menyimpan Dendam

    Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban yang berat jika kita menyimpannya di dalam hati. Adakah anda ingin membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan kita membuang masa dan tenaga  kita dengan menyimpan dendam, kerana ia sama sekali tidak berguna. Gunakanlah masa atau tenaga kita untuk perkara-perkara yang positif
Fokus Pada Satu Masalah
    Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan kita fikir untuk  menyelesaikan masalah secara sekaligus kerana ia akan membuat kita semakin stress.
     Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
      Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah perbuatan yang sangat mulia, tetapi jika kita mengambil posisi yang terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain itu adalah kesalahan yang terbesar ini adalah kerana ia akan menjerat diri kita dalam masalah. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri  kerana dia lebih memahami, sebolehnya  kita  hanya boleh memberi saranan dan pendapat.


     Bersyukurlah Selalu
    •  Beryukur lah kita selalu kepada Allah kerana setiap perkara yang berlaku adalah satu ujian darinya untuk menjadikan kita seorang yang lebih bersabar dan bersyukur diatas nikmatnya.